Thursday, September 3, 2009

MPKB-BRI Pun Double-Standard

Kalau di bandar Kota Bharu, salah letak kereta pun kena kunci. Silap letak motosikal, kena angkut lori. Tapi di Wakaf Che Yeh, tiap-tiap malam traffic-jam tetapi MPKB tak ada buat apa pun. Ini yang buat orang ramai mushkil dengan penguatkuasa MPKB. Bukannya semalam dua, tetapi sudah bertahun-tahun.

Tiap-tiap malam laluan trafik di Wakaf Che Yeh akan sesak, apa lagi ketika nak raya begini. Di kala negeri Pakatan Rakyat tidak puashati dengan double-standard yang dilakukan kerajaan Persekutuan, apa bezanya dengan Kelantan. Kalau undang-undang trafik begini pun mereka boleh double-standard, bagaimanalah agaknya jika mereka ini diberi kuasa-kuasa lain.

Ada pengirim email mengamuk sakan memberitahu motorsikal beliau diangkut lori MPKB kerana kesalahan meletak kenderaan di bandar Kota Bharu. Tetapi mengapa Wakaf Che Yeh mendapat layanan berlainan? Tidakkah itu juga double-standard? Sedangkan kesesakan lalulintas di Wakaf Che Yeh adalah jauh lebih kronik jika dibandingkan dengan bandar Kota Bharu.

Menurut maklumat terkini, anda dapat melihat sendiri sekarang bagaimana motorsikal yang diletak di atas sepanjang jalan di hadapan kedai JukeBox hingga ke CIMB, Wakaf Che Yeh tidak pula disaman oleh penguatkuasa MPKB sedangkan ianya jelas menyebabkan kesesakan lalulintas dan kawasan tersebut bukan pula merupakan tempat meletak motorsikal. Yang anihnya, ada pula pengutip bayaran parking disitu dan pihak MPKB langsung tidak mengambil tindakan walaupun melakukan rondaan di depan mata. Menurut ceritanya, ada cerita disebalik cerita ini. Diharap pihak atasan MPKB ataupun SPRM dapat melakukan siasatan di atas sikap double-standard ini.

Apa pula kata pakcik yang diangkut motornya disini.

Tidakkah itu juga double-standard? Lu pikir lah sendiri.....

4 comments:

dollah said...

aik, kelantan pun macam ni gak ke.
ingatkan bagus sgt.

Anonymous said...

spoil sungguh mung mpkb.
wat malu negeri pakatan rakyat jah.

kasimselamat said...

nama siap ada bandaraya islam tapi....
wat kerje tak melambangkan islam langsung.
mana la orang tak marah. bukan senang org nak carik duit semata2 nak bayar saman tuh.
double std tu sama la dgn tidak adil, islam mana la yg dorang ni pakai... huhuhu

tuanzani said...

Saya amat setuju dgn pendapat anda. Bagaimana boleh wujud pengutip parking di tepi jalan besar.Dengan berbekalkan lampu suluh 'ulat parking' dgn senang mengutip bayaran parking dari orang ramai,lainlah kalau dalam kawasan atau tanah mereka.MPKB-BRI buat apa?Buat malu dgn pengunjung luar je.SPRM diminta jenguk2 sikit.