Friday, September 18, 2009

Diskriminasi MPKB Ke Atas Pasaraya Kelantan

Petikan ini diambil dari HarakahDaily "Pasar raya Kelantan diarah ditutup 1 Syawal"

Antara sebab-sebab pasar raya diarah tutup ialah:-
1. Menghormati hari raya
2. Majikan tidak mematuhi janji membayar gaji 2 kali ganda
3. Kakitangan bukan islam mengadu tidak dapat bercuti pada cuti awam

Tengoklah kepada sebab-sebab di atas. Lawak sungguh bukan? Ingatkan cara sebuah bandaraya islam menghormati hari raya ialah dengan takbir dan tahmid. Tetapi kenapa hanya pasar raya yang menjadi mangsa? Kenapa semua kedai-kedai runcit, pasar awam, setesen minyak, 7-11, pasar wakaf che yeh dan lain-lain tidak pula diarah tutup? Bukankah itu satu bentuk diskriminasi.

Pasar raya terpaksa menanggung kos tetap dan kehilangan pendapatan dengan cara tersebut. Malahan pekerja yang mahu mencari duit tambahan juga menjadi mangsa kerana tindakan penguasa Kelantan dengan arahan tersebut.

Alasan majikan tidak mematuhi janji juga adalah tidak masuk akal. Kenapa pula majikan yang mematuhi janji terpaksa menjadi mangsa? Dan mengapa pula tidak diambil tindakan saja ke atas mereka yang ingkar? Di sini kita dapat melihat bagaimana undang-undang di Kelantan yang dibuat secara cincai tanpa penilitian.

Pada hari cutilah orang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar dan pada hari tersebut pula pasar raya diarah cuti. Bagaimana pula dengan mereka yang mencari keperluan harian.

Bukankah lebih baik jika mereka membiarkan 'rules of demand and supply' yang menentukan dan bukannya dengan alasan-alasan yang tidak profesional.

4 comments:

Kelakar said...

lawak la lu mpkb.
apasal tak suruh tutup hospital tu sekali, balai polis ke. tutup semua stesen minyak tu pun tak pa. hahaha..

Jusoh said...

alahai kelantan, bandaraya islam konon. penguatkuasa MPKB-BRI tu lagi byk makan rasuah dari negeri2 lain. klu nak banding dgn singapore yg majority cina tu, lagi la. buang je la BRI tu, wat malu islam je.

Perakian said...

kelantan tu sibuk dok perang dgn arak dan awek sexy je. tapi org mpkb yang kaki rasuah tu dorang buat senyap jer. bandaraya islam ke tu. huhu

SM said...

semua yang teruk2 tu orang umno saja nak kacau ketenteraman kelantan..termasuklah tuan blog ni pun pencacai umno,orang nak buat baik bukan nak sokong duk keji pulak..bengong punya orang la..mu tahu ke berapa ramai kakitangan yang kerja di pasaraya tu orang islam yang nak sambut hari raya bersama keluarga..hari raya bukan setiap hari...pasaraya dah dapat untung hari2 tutup sehari tak jadikan mereka muflis pun..kat pasar wakaf che yeh tu pekerja sendiri..kalau dah terdesak nakkan duit apa boleh buat sanggup berjual itu diorang punya pasal la sebab individu...kalau ada bukti bawa ke sprm jangan duk menyalak dalam blog je...jangan hanya harapkan nama je islam(Jusoh) perangai macam george soros...buat malu je..kalau mengaku islam bantu untuk islam subur, bukan cuba menguburkan islam itu sendiri..orang buat semua tak kena..awak tak buat apa pun..komen je tahu..hampeh punya orang