Thursday, October 1, 2009

Jemputan Melihat Pembangunan Insan di Kelantan

Datuk Nik Abdul Aziz dilapurkan menjemput Dr Mahathir menyaksikan pembangunan fizikal dan rohani di Kelantan seperti yang dilapurkan disini.

Mungkin Datuk Nik Abdul Aziz patut menjemput Dr Mahathir untuk melawat MPKB pula yang kini diberi taraf Bandar Raya Islam (BRI). Apakah Datuk Nik Abdul Aziz berani memberi jaminan bahawa kakitangan dan penguatkuasa MPKB yang mempunyai BRI dibelakangnya itu, begitu membangun dari segi rohani atau insani? Beranikah dia memberi jaminan tiada seorang pun kakitangan MPKB itu yang mengamalkan rasuah sehingga menyusahkan para peniaga dan penduduk?

MPKB lebih gemar memerangi gejala arak, gadis seksi dan mengunci kenderaan orang tetapi tiada pula kedengaran berita perang terhadap rasuah di kalangan penguatkuasa MPKB. Apakah mereka telah mencapai tahap sifar rasuah? Kami tidak fikir rakyat beranggapan begitu. Ada baiknya mereka menghantar perisik ke dalam MPKB itu untuk menyaksikan sendiri samada kakitangan Bandar Raya Islam tidak mengamalkan rasuah.

Adakah hanya dengan kopiah dan rehal di atas bangunan maka mereka layak bergelar Bandar Raya Islam? Mungkin mereka patut lebih fokus ke atas masalah kebersihan dan rasuah di kalangan penguatkuasa mereka terlebih dahulu.

1 comment:

AkuMuzikFilem said...

Salam. Tumpang tanya. saya dapat surat dari MPKB, saman RM1700 atas 17 kompaun parking tak bayar kat meter MPKB di Kota Bharu. surat tu kata saya kena setelkan, kalau tak, masuk mahkamah. isi surat tu berbunyi lebih kurang camni>tawaran penyelesaian tanpa perbicaraan bagi kenderaan Dxx 1234 (letak kereta bermeter)<Soalan saya. Bolehkah mereka mengambil tindakan mahkamah?