Monday, June 8, 2009

MPKB Anti-Games

Pihak Cyber Clan telah mendapat laporan bahawa beberapa buah pusat internet di Kota Bharu telah dirampas barangan komputer mereka kerana membenarkan pelanggan bermain games.

Tatkala pihak MSC (Multimedia Super Corridor) menghabiskan berjuta ringgit untuk mempromosikan games di bawah Creative Multimedia Cluster, pihak MPKB pula memilih untuk menghukum penggemar games dengan merampas barangan komputer pengusaha pusat internet. Mungkin agaknya MPKB hanya mahu rakyat Kota Bharu bermain congkak sampai ke tua.

Syarat cyber cafe di Kota Bharu, di bawah Perkara 2, melarang sebarang permainan CD Games. Malang sekali pihak penguasanya sendiri tidak dapat membezakan antara CD Games dan Internet Games. Akibatnya pusat internet tersebut telah dirampas barangan komputernya.

Kami mempunyai gambar yang dirakam oleh pelapor semasa rampasan tersebut. Menurut pelapor, penguasa tersebut yang tidak memakai uniform MPKB, malahan tidak pernah memberi pengenalannya sebagai pihak penguasa. Dia hanya memakai kopiah dan berlagak macam samseng. Kami mempunyai gambar muka pegawai tersebut untuk ditatap ke seluruh dunia, tetapi atas dasar 'kesian', pihak pelapor meminta agar kami menangguhnya buat sementara.

Apakah orang berkopiah memang berperangai macam itu? Menyerbu kedai orang tanpa uniform dan pengenalan? Tetapi itulah yang berlaku di bawah MPKB. Meraka inilah yang mencemar nama MPKB dan menyebabkan penduduk dan peniaga-peniaga menyumpah-nyumpah MPKB.

Dari,
Cyber Clan

3 comments:

Anonymous said...

adakah pas di kelantan akan tumbang kerana mpkb?

Anonymous said...

tidak mungkin pas akn tumbang di kelate..
malah pas semakin bangkit untuk memperjuangkan parti islam seterusnya menentang kejahilan manusia di muka bumi ini contoh nye penulis blog ini..macam tahikkkkkkkkkkk!!!!!!!!

kayukayan said...

elehhh... nama je bandaraya islam, tapi perangai macam taik jugak. moto aku kena saman ikut suka bapak ko. tapi kat wkf che yeh tu, penguatkuasa bandaraya islam ko tu wat dunno jer. islam apa kebende nye tuh. memperjuangkan islam konon..... piiiirah mabuk.