Wednesday, July 8, 2009

Kesesakan Lalulintas Wakaf Che Yeh Angkara Sensatimur dan MPKB-BRI

Kesesakan lalulintas di Wakaf Che Yeh pada waktu malam mengalahkan trafik di Kuala Lumpur. Tetapi apakah puncanya? Tidak lain dan tidak bukan ini adalah angkara kedangkalan dan kecetekan pemikiran pihak pemaju bernama Sensatimur. Setelah mengambil tanah orang kampung secara paksa, pihak Sensatimur gagal membuat perancangan teliti terhadap aliran trafik di situ.

Akibatnya, banyak masa dan wang ringgit yang terbazir kerana kesesakan lalulintas pada sebelah malam di Wakaf Che Yeh. Pekerja Sensatimur pula hanya sibuk mengutip hasil dari penjual-penjual pasar malam. Anehnya pihak penguatkuasa MPKB-BRI pula hanya melihat sebelah mata. Jika di bandar Kota Bharu, anda perlu berhati-hati apabila meletak kenderaan kerana mereka cukup cekap untuk meng'clamp' tayar kereta anda. Tetapi di Wakaf Che Yeh, berlainan pula layanan mereka.

Jadi bagaimanakah penyelesaiannya? Mudah saja.... pihak pemaju yang bernama Sensatimur sepatutnya merobohkan kembali bangunan-bangunan komersil yang telah mereka bina itu dan bukannya sibuk merancang untuk merampas lagi tanah-tanah orang kampung. Selepas dirobohkan bangunan kedai-kedai itu, bolehlah mereka melebarkan jalan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.

Diharapkan pihak kerajaan negeri Kelantan dapat mengenalpasti siapakah dalang-dalang sebenar disebalik kejadian ini yang hanya mengundang nama buruk kepada orang-orang lain.

Dari,
Cyber Clan

1 comment:

paran said...

kompeni sensatimur tu mmg tak guna satu sen pun. aku tgk bangunan dia tak laku macam pekan koboi je. klu siang hari, sunyi sepi. harapkan org niaga pasar malam situ je yg buat wcy tu tu glemer. pendek kata, tanpa sensatimur pun wcy bleh maju. hidup peniaga pasar malam!!!