Sunday, May 24, 2009

Sensatimur... pemaju atau lintah darat?

Pada tahun 2008, Wakaf Che Yeh pernah bergolak seketika apabila peniaga-peniaga kecil dipaksa membayar sebanyak RM2,000 kepada syarikat pemaju bernama SENSATIMUR untuk tapak berniaga seluas sekangkang kera. Malahan mereka diberi notis 24 jam untuk membuat bayaran tersebut.

Bagaimana la agaknya makcik yang menjual kerepok lekor RM1 mampu membayar sebanyak RM2,000 untuk tapak berniaga dalam tempoh 24 jam. Malahan payung yang dibekalkan pula hanya sebesar 'lidi' yang langsung tak berfungsi apabila hujan atau angin kencang. Dah la nak pasang dan tutup payung saja perlukan masa berjam-jam. Banyak masa dan produktiviti terbuang hanya kerana payung yang dibekalkan oleh SENSATIMUR.

Syarikat seperti SENSATIMUR ini langsung tidak mempunyai tanggungjawap sosial atau 'social contribution' terhadap peniaga-peniaga kecil. Siapakah lintah darat ini? Cyber Clan WCY akan mendedahkannya kepada seluruh dunia nanti.

Dan persoalan besarnya, bagaimanakah pemaju seperti SENSATIMUR ini boleh dilantik? Adakah melalui sebarang 'open tender' atau mereka ini dipilih kerana orang-orang tertentu? Adakah pihak kerajaan Kelantan benar-benar 'transparent' atau telus di dalam pemberian projek-projek pembangunan kepada pemaju?

Bagaimanakah Projek Pasar Borong Bersepadu WCY yang dikatakan bernilai RM60 JUTA boleh diberikan kepada pemaju bernama SENSATIMUR yang langsung tidak mempunyai sebarang laman web sehingga ke tarikh hari ini? Pekedai tepi jalan pun mampu memilik laman web tetapi pemaju yang melaksanakan projek berpuluh-puluh juta Ringgit tidak mampu?

Nampaknya sejarah bakal berulang pada tahun ini. Tapi kali ini penduduk Wakaf Che Yeh akan mendapat bantuan dan sokongan penuh dari Cyber Clan.


Nantikan....
Cyber Clan WCY

5 comments:

Anonymous said...

mpkb babi.
nak taruk bri konon.... piiirahhhh

Anonymous said...

wojib ko kena ada laman web ? ada dalam syarat2 lesen ko ? musykil betul la kawe..

sensabarat said...

itu menunjukkan betapa kodinyer sykt sensatimur sampaikan email pun pakai yahoo jah. budok sekoloh punyer taraf pun bleh dpt kontrak berjuta ke.

Anonymous said...

apa la lu sensabarat, klu email pun tak mampu nak register, itulah tanda2 kompeni ali baba. haha.

Cha Om said...

tp setakat ni sume projek sensatimur siap ikut masa dan boleh dikatakan berkualiti jugak lah..